Teknik Fotografi Dan Promosi Produk Usahawan
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2019, telah berlangsungnya kelas Keusahawan bertajuk Teknik Fotografi Dan Promosi Produk Usahawan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pada kali ini usahawan belajar secara santai mengenai teknik-teknik fotografi menggunakan mini studio. Apa yang usahawan perlukan untuk sesi kelas ini adalah produk usahawan dan camera telefon pintar sahaja. Dengan menggunakan mini studio usahawan dapat mengambil gambar produk menggunakan telefon dengan teknik-teknik mengambil gambar dengan cara yang betul. Selain daripada itu juga, usahawan secara tidak langsung boleh berkongsi gambar produk di sosial media untuk mempromosikan produk kepada rakan sosial media yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: